Tuesday, June 22, 2010

Permata Hatiku

Salam semua....Dah lama rasanya aku tak menjenguk blog ni...hampir setahun dah...malas pun yer nak update... Oklah, untuk pertama kali nya aku nak memperkenalkan anak ke-3 aku yang selamat dilahirkan pada 10 Mei 2010 secara normal pada pukul 1.50pm dengan seberat 3.35kg. Diberi nama Nor Aisy Wafi bin Nor Azlan.......(hero lagi....)

Kalau diikutkan abang2 nya dulu lagi berat. yang 1st 3.5kg yang 2nd 3.4kg. Tp pengalaman melahirkan anak yang ke-3 ini lagi sakit dari abang2nya... yelah, pengalaman bersalin semuanya x sama. ade yang sakit lama, ade yang sakit sekejap dan macam2 lagi....

Walau bagaimanapun, kesakitan itu adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Setelah berhempas pulas bertarung nyawa akhirnya lahirkan satu anugerah yang tidak ternilai dengan segala kekayaan di dunia ini iaitu anak ku......

melihat wajahnya hilang semua rasa sakit.....mendengar tangisannya jiwa rasa tersentuh...Wahai anak ku.... Mama sentiasa berdoa agar kamu menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa dilindungi oleh Allah....sesungguhnya kaulah harta yang paling bernilai bagi mama.....

Inilah wajah-wajah anak ku "Nor Aisy Wafi"